Search

header ads

[SINARH] 11 penceroboh rizab Sungai Klang dituduh di mahkamah esok



SHAH ALAM - Seramai 11 individu yang ditahan untuk siasatan kes pencerobohan tanah rizab Sungai Klang akan dituduh di Mahkamah Shah Alam pada Jumaat. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, suspek terdiri daripada lapan warga tempatan, dua warga Indonesia dan seorang warga India. Menurutnya, kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya Selangor dan mengarahkan kesemua tangkapan dituduh di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh. "Jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya. "Selain itu, seorang daripada mereka juga akan dituduh di bawah Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal lebih masa selain dua akan dituduh di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen pengenalan diri yang sah," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis. Beliau berkata, kesemua tangkapan akan dituduh di Mahkamah Majistret 1, 2, 3 dan 6 Shah Alam pada esok (Jumaat). Mengulas lanjut, kata Mohd Iqbal, siasatan mendapati pencerobohan Tanah Rizab Sungai Klang mula berlaku sejak September 2022. Jelasnya, antara aktiviti haram yang dikesan ialah pembuangan dan penambakan sampah serta sisa pepejal, pengorekan pasir sungai dan tanah. Susulan itu, polis telah bertindak menahan 11 lelaki terbabit di lokasi terbabit di Seksyen 36, Shah Alam pada 9 Mei lalu. "Serbuan telah merampas empat buah lori roro serta trak pikap," katanya.
Read more:SINARH
2023-05-18 23:39:0

Catat Ulasan

0 Ulasan