Search

header ads

[SINARH] 2.09 juta batang rokok seludup didaratkan di Pantai Senok



RANTAU PANJANG - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) mendedahkan Pantai Senok, Bachok menjadi 'port' baharu pendaratan rokok seludup di negeri ini menggunakan laluan laut. Pengarahnya, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, intipan yang dilakukan di kawasan berkenaan dua minggu lalu berhasil apabila sebanyak 2.09 juta batang rokok bernilai RM1.4 juta termasuk jumlah cukai berjaya dirampas. Beliau berkata, rampasan jam 11 malam itu dilakukan selepas pihaknya mengesan sebuah lori jenis Hino Ranger berada dalam keadaan mencurigakan di tepi pesisir pantai. "Hasil pemeriksaan, kami menemui 209 kotak rokok di dalamnya dipercayai dibawa masuk dari negara jiran melalui laluan laut menggunakan bot sebelum dipindahkan ke lori tersebut. "Bekalan rokok ini dipercayai untuk pasaran sekitar Kelantan," katanya semasa sidang akhbar di JKDM Rantau Panjang pada Khamis. Menurut beliau, kes terbabit disiasat bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.
Read more:SINARH
2023-05-25 11:51:0

Catat Ulasan

0 Ulasan