Search

header ads

[SINARH] Air oh air!



APABILA bercakap soal air, Selangor baru mengalami gangguan bekalan air di wilayah Klang, Shah Alam dan Kuala Selangor. Keadaan cuaca panas ditambah pula dengan masalah gangguan air menuntut kesabaran tinggi kepada mereka yang mengalaminya. Bukan sahaja perlu mencatu air tetapi perlu pastikan pengambilan air minuman dalam sehari adalah mencukupi iaitu lapan gelas sehari seperti dicadangkan National Academy of Sciences of the United States Food and Nutrition Board.Ini kerana air merupakan elemen penting kepada kehidupan dan tubuh manusia. Jika kurang air boleh terdedah kepada bermacam-macam masalah kesihatan. Penulis bukan mahu mengeluh apabila kerap kali tiada bekalan air di negeri ini, cuma sekadar berkongsi rasa kerana isu terputus bekalan air sudah jadi kebiasaan. Apabila sebut sahaja Selangor, episod gangguan air bermain di fikiran, kalau bukan sebab paip pecah, masalah pencemaran menjadi faktor hingga menyebabkan bekalan air kerap kali terputus. Sebenarnya soal isu air bukan berlaku di negeri ini sahaja sebaliknya di negeri lain pun berlaku masalah sama termasuk di Kelantan menjadi topik panas hingga mendapat perhatian kerajaan Persekutuan. Prihatin dengan masalah dialami rakyat Kelantan tersebut, kerajaan Persekutuan telah menyediakan peruntukan berjumlah RM1 bilion kepada negeri Cik Siti Wan Kembang itu untuk menyelesaikan masalah bekalan air di negeri berkenaan bermula tahun ini. Masalah pembekalan air terawat begitu sinonim di Kelantan dan sudah berlarutan sejak sekian lama seolah-olah tidak berpenghujung. Isu kualiti air sentiasa menjadi buah mulut rakyat Kelantan sehingga 'air karat', 'teh tarik' menjadi modal untuk mengkritik kerajaan negeri atau pun parti yang mewakili Kelantan iaitu Pas. Begitu juga senario di Selangor, kalau babitkan isu air, sudah pasti kerajaan negeri diwakili Pakatan Harapan menjadi 'tembakan' rakyat mempersoalkan masalah air seperti tiada noktahnya. Meneliti perkara itu, air memainkan peranan penting dalam kehidupan harian manusia kerana 70 peratus daripada badan kita adalah air. Sekiranya kekurangan air pada tahap teruk boleh menyebabkan dehidrasi melampau, alami tekanan darah rendah dan boleh mengalami kerosakan buah pinggang. Kajian menunjukkan bahawa manusia boleh hidup lebih seminggu tanpa makanan tetapi hanya mampu bertahan empat hari tanpa air. Krisis air Seperti sedia maklum, negara kita pernah mengalami beberapa krisis bekalan air yang serius. Antaranya krisis air pada tahun 1998 di Lembah Klang yang melibatkan kira-kira 600,000 penduduk Selangor dan Kuala Lumpur telah terjejas. Pelbagai faktor boleh berlaku krisis air antaranya, pencemaran bekalan air negara daripada kerja-kerja pembangunan kawasan perumahan dan perindustrian tanpa kawalan selain sungai menjadi cetek. Dalam keadaan dunia semakin menua, tasik, sungai dipenuhi air kini semakin kering akibat kemarau yang berpunca daripada pemanasan global dan iklim ekstrem dunia. Kajian Universiti Colorado Boulder di Amerika Syarikat (AS) mendapati lebih separuh daripada tasik dan takungan air terbesar di dunia semakin kering airnya. Pengarang bersama kertas kajian itu, Balaji Rajagopalan berkata, ia secara langsung mencetuskan risiko keselamatan bekalan air pada masa depan bagi manusia. Katanya, ia memberi kesan kepada 25 peratus penduduk dunia yang tinggal di persekitaran kawasan tasik sekali gus kira-kira dua bilion orang akan terjejas. Hasil kajian mendapati 53 peratus tasik dan takungan menyaksikan penurunan air, pada kadar kira-kira 22 gigaton (bersamaan satu bilion tan metrik) setahun. Info ini sedikit sebanyak mengusarkan hati penulis tatkala negara sedang dilanda fenomena El Nino menyebabkan hujan berkurangan, sekali gus berisiko mengakibatkan paras air sungai merosot dan empangan menjadi kering, dijangka berlarutan hingga September depan. Situasi panas ketika ini adalah disebabkan oleh rantau benua maritim yang merangkumi Malaysia dan Indonesia didominasi oleh keadaan tekanan tinggi atmosfera berskala besar. Ia boleh dicirikan sebagai keadaan perolakan terhalang dan ketiadaan banyak awan mendorong berlaku kekurangan curahan hujan turut mengurang kesan penyejukan daripada penyejatan selain daripada angin lemah. Walaupun kerajaan siap siaga depani cuaca panas dan kering, namun orang ramai juga digalak menjimatkan penggunaan air dalam kegunaan harian bagi menampung situasi kecemasan. Ingat, jangan bazirkan air walaupun setitik! * Syairah Abd Lajis ialah Penolong Ketua Bahagian Media Sosial
Read more:SINARH
2023-05-25 8:45:0

Catat Ulasan

0 Ulasan