Search

header ads

[SINARH] Anak meraung terpaksa berpisah dengan ibu



SHAH ALAM - Tular satu rakaman memaparkan seorang ibu dan anak yang berusia sembilan tahun terpaksa berpisah setelah Mahkamah Tinggi Kuantan memutuskan hak penjagaan kanak-kanak itu diserahkan kepada bapanya. Perkongsian rakaman berdurasi 49 saat oleh pengguna di Facebook, pada Sabtu sangat menyayat hati apabila kanak-kanak tersebut merangkul erat tubuh ibunya sambil menangis teresak-esak kerana hari terakhir dia bersama ibu sebelum berada dalam jagaan ayahnya. Difahamkan, anak perempuan berkenaan merupakan anak kepada pasangan Orang Asli yang tidak lagi hidup bersama. Setelah membawa haluan masing-masing, wanita yang juga ibu kepada kanak-kanak berkenaan telah memeluk agama Islam. Bagaimanapun, hak penjagaan anak mulai menjadi tuntutan apabila bekas suami ada memfailkan permohonan untuk menjaga kanak-kanak itu. Perkongsian itu turut mendakwa terdapat beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang membantu lelaki berkenaan untuk mendapatkan hak penjagaan dengan cara menyediakan peguam dari firma guaman. Bagaimanapun, sebaliknya berlaku kepada ibu kanak-kanak tersebut apabila tiada pihak menghulurkan bantuan untuk memperjuangkan hak penjagaan anak dan hanya berharap dengan Biro Bantuan Guaman.
Read more:SINARH
2023-05-27 23:41:0

Catat Ulasan

0 Ulasan