Search

header ads

[SINARH] Annuar Musa pilih Pas



KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Presiden Pertubuhan Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa mengesahkan menghantar permohonan menjadi ahli Pas. Bekas Ahli Parlimen Ketereh berkata, keputusan itu dibuat selepas beliau meneliti senario politik negara dan juga keadaan dalam UMNO itu sendiri. Menurutnya, bagaimanapun terpulang parti Pas mahu menerimanya ataupun sebaliknya. "Sepatutnya keputusan dalam 100 hari tetapi selepas enam bulan masih belum dapat kerana berfikir sedalam-dalamnya untuk mengelak emosi, dendam dan tindakan sentimen. "Ini kerana apabila membuat keputusan kembali aktif dalam politik, dengan menyertai semula mana-mana parti, sekiranya diterima untuk menjadi ahli Pas dan PN, saya menjanjikan perjuangan habis-habisan. "Namun akhirnya, ketika berada di Tanah Suci baru-baru ini, baru saya dapat membuat keputusan berkenaan tetapi terpulang kepada pihak Pas mahu menerima atau tidak," katanya. Beliau berkata demikian ketika sidang media rumah terbuka MN di sini pada Sabtu. Lebih daripada 1,000 bekas ahli UMNO merangkumi ketua, timbalan ketua dan naib ketua termasuk ketua pemuda bahagian namun beliau enggan mendedahkan nama mereka yang menyertainya. "Jadi, minggu kedua bulan Jun, kita tunggu keputusan daripada Pas," ujarnya. Pada Khamis, bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Annuar Musa adalah antara lebih 10 bekas pimpinan UMNO yang sudah mengisi borang permohonan menganggotai parti Pas. Timbalan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pula menunjukkan minat untuk menyertai parti Bersatu.
Read more:SINARH
2023-05-20 14:26:0

Catat Ulasan

0 Ulasan