Search

header ads

[SINARH] Anwar terima kunjungan hormat Zhao Leji



PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat menerima kunjungan hormat Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China ke-14, Zhao Leji.Pertemuan selama sejam di Perdana Putra itu merupakan sebahagian daripada lawatan kerja tiga hari Zao ke Malaysia bermula Khamis.Turut hadir ialah Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming; Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.Pada perjumpaan itu Anwar mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan China di atas layanan hebat yang dberikan kepada beliau semasa melakukan kunjungan hormat kepada Presiden China Xi Jinping dalam lawatan rasminya dari 29 Mac hingga 1 April lepas.Beliau berkata, wujud minat daripada pihak China untuk melabur di Malaysia dalam bidang pelaburan, pendidikan, kerjasama antara universiti serta penyelidikan dan pembangunan. - Bernama
Read more:SINARH
2023-05-19 19:19:0

Catat Ulasan

0 Ulasan