Search

header ads

[SINARH] Azmin beri bayangan tak tanding PRN



SHAH ALAM - Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memberi bayangan tidak akan bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi. Bekas Ahli Parlimen Gombak itu berkata, beliau mahu memberi laluan kepada calon muda yang berpotensi dalam PN untuk bertanding. "Saya akan berehat buat sementara waktu daripada dunia politik setelah berkhidmat tujuh penggal, tiga penggal ahli Parlimen Gombak, tiga penggal DUN Bukit Antarabangsa dan satu penggal DUN Hulu Kelang. "Maka saya kira sudah tiba masanya saya berikan laluan kepada tokoh muda yang ramai berpotensi dalam PN," ujar beliau kepada pemberita semasa Majlis Rumah Terbuka PN Selangor di Shah Alam, pada Ahad. Turut hadir, Presiden PN, Tan Sri Muhyiddin Yasin, serta pimpinan PN. Dalam pada itu, Azmin berkata, beliau menerima banyak permintaan untuk bertanding di beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Selangor akan datang. Katanya, permintaan itu tidak terhad hanya kepada DUN Morib seperti yang dimaklumkan baru-baru ini. "Saya terima banyak permintaan, bukan sahaja DUN Morib, tapi beberapa DUN di negeri Selangor. "(Sekiranya dicalonkan), saya serah kepada kepimpinan," jelasnya.
Read more:SINARH
2023-05-21 23:4:0

Catat Ulasan

0 Ulasan