Search

header ads

[SINARH] Bayar ejen RM3,000 mahu pulang Indonesia



SABAK BERNAM - Cubaan pendatang asing tanpa izin (PATI) pulang ke negara asal dengan menggunakan khidmat Geng Indah yang mengenakan bayaran mencecah RM3,000 hanya memakan diri selepas diberkas di sekitar daerah ini pada Khamis. Operasi itu dijalankan Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bersama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam. Op Pintas kira-kira jam 8 malam itu berjaya menahan 15 individu termasuk enam PATI warga Indonesia. Menurut sumber, enam PATI berusia lingkungan 23 hingga 50 tahun itu terdiri daripada empat lelaki dan dua wanita. "Sembilan lagi ialah suspek yang berperanan sebagai ejen, tekong dan transporter. "Suspek ini membabitkan dua lelaki tempatan serta tujuh Indonesia termasuk seorang wanita yang kesemua berusia lingkungan 25 hingga 40 tahun," katanya. Tambah sumber, kesemua migran membayar antara RM1,700 hingga RM3,000 untuk diseludup keluar melalui jalan laut dari Malaysia ke Indonesia oleh sindiket Geng Indah. Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah D3 Atipsom, JSJ Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Fadil Marsus ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan tangkapan terbabit. "Operasi Op Pintas akan terus dijalankan dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang Dan Antipenyeludupan Migran 2007 [Akta 670] dan Seksyen 6(1)(c), Akta Imigresen 1959/63," katanya.
Read more:SINARH
2023-05-20 10:0:0

Catat Ulasan

0 Ulasan