Search

header ads

[SINARH] BWF tolak cadangan Chong Wei



PRESIDEN Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Poul-Erik Hoyer tidak bersetuju dengan cadangan untuk mengurangkan jumlah kejohanan dalam kalendar penganjuran badan sukan itu. Sebaliknya, beliau berkata, apa yang perlu dilakukan oleh BWF ialah mewujudkan sistem kejohanan 'ladder' dengan menyusun semula semua pertandingan mengikut keutamaan. "Pada padangan saya, kita sudah kukuh dan sudah boleh mulakan perbincangan kejohanan mana perlu diberikan keutamaan dan kejohanan mana diletakkan dalam tier dua dan tier ketiga, saya juga percaya bahawa ini akan menyediakan generasi muda untuk benar-benar mendapat pendapatan. "Saya rasa kita patut bincang bagaimana kita boleh laksanakan ladder (sistem) dan fokus. Saya tidak mahu mengurangkan kejohanan, saya mahu membuat lebih banyak kejohanan supaya kita boleh membuat sistem ladder itu, itu yang saya percaya," katanya ketika ditemui di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, pada Sabtu. Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan bekas pemain perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei yang mencadangkan agar BWF mengurangkan jumlah kejohanan dalam setahun jika negara mahu melahirkan pemain berkualiti seperti Lin Dan dari China. Hoyer berkata, Chong Wei bukan bekas pemain pertama yang mencadangkan perkara terbabit. "Kita juga mahu mendengar pendapat daripada pemain berpengalaman yang lain," kata pemenang pingat emas perseorangan lelaki edisi 1996 Atlanta. Terdahulu, Hoyer turut menjadi saksi kepada majlis menandatangani MoU antara Badminton Asia dan BAM dan Akademi Badminton Malaysia (ABM). MoU ditandatangan oleh Presiden Badminton Asia Kim Jong Soo and Presiden BAM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria. - Bernama
Read more:SINARH
2023-05-27 23:5:0

Catat Ulasan

0 Ulasan