Search

header ads

[SINARH] City belum cukup padu - Guardiola



PEP Guardiola meletakkan standard yang tinggi buat Manchester City untuk dilabel sebagai kelab terbaik ketika The Citizens mendominasi Liga Perdana Inggeris (EPL) dan pentas Eropah. Beliau menegaskan The Citizens bukan sahaja mesti memenangi Liga Juara-Juara tetapi melakukannya lebih daripada sekali untuk dianggap antara yang hebat. Guardiola tidak meragui tentang kecemerlangan pasukannya dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, namun ia masih belum mencukupi dan merasakan mereka memerlukan kejayaan yang lebih besar di pentas Eropah untuk benar-benar melakar sejarah. "Ini sebuah pasukan yang bagus tetapi saya bersetuju dengan media atau apabila orang berkata anda perlu berjaya di pentas Eropah. Malah anda perlu mengangkatnya berulang kali untuk dianggap sebagai antara pasukan terbaik. "Pasukan-pasukan itu berjaya di Eropah, bukan hanya sekali, tetapi berkali-kali. Kami masih tidak melakukannya," ujar Guardiola. The Citizens menjadi pilihan terbaik untuk memenangi Liga Juara-Juara buat kali pertama musim ini selepas mara ke final bulan depan menentang Inter Milan selepas kemenangan mengejut ke atas juara bertahan Real Madrid pada pertengahan minggu.
Read more:SINARH
2023-05-21 12:21:0

Catat Ulasan

0 Ulasan