Search

header ads

[SINARH] Dendam punca penganggur diserang, disamun



AMPANG – Dendam dipercayai motif seorang penganggur diserang dan disamun dua lelaki di sebuah apartmen di Pandan Perdana, di sini pada Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Farouk Eshak berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 29 tahun pada jam 8 pagi, Jumaat. "Mangsa didatangi dua suspek lelaki yang dikenalinya, menaiki motosikal jenis Yamaha berwarna hitam tiada nombor pendaftaran. "Tiba-tiba pembonceng belakang turun daripada motosikal lalu menggelar tangan mangsa menggunakan pisau pemotong buah dan seorang lagi suspek mengambil dompet dan telefon bimbit jenis Vivo milik pengadu," katanya dalam kenyataan pada Isnin. Katanya, mangsa menerima 11 jahitan pada tangan kiri dan mendapat rawatan di Hospital Ampang. "Bertindak atas maklumat, kita menahan tiga lelaki berusia 29 hingga 40 tahun dan seorang wanita berusia 19 tahun dalam serbuan di sebuah flat di Jalan San Peng. "Dua suspek lelaki bekerja sebagai buruh binaan dan penjaga parkir manakala suspek wanita seorang penganggur. "Kita merampas sebuah telefon bimbit dipercayai milik mangsa dan sebilah pisau dipercayai digunakan untuk mencederakan mangsa," katanya. Mohamad Farouk berkata, motif serangan dipercayai akibat dendam berikutan mangsa dikatakan sering memukul wanita terbabit. "Dendam tersebut berpunca daripada mangsa yang disyaki sering memukul teman wanitanya menyebabkan suspek yang juga ahli keluarga wanita itu menyerang mangsa," katanya. Menurutnya, kesemua suspek didapati positif dadah jenis amphematine dan memiliki rekod kesalahan lampau atas kesalahan jenayah dan dadah. "Kesemua suspek direman enam hari bermula Isnin sehingga Sabtu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan," katanya. .
Read more:SINARH
2023-05-22 20:5:0

Catat Ulasan

0 Ulasan