Search

header ads

[SINARH] Dr Zaliha hadiri Persidangan Kesihatan Sedunia di Geneva



KUALA LUMPUR - Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa kini berada di Geneva, Switzerland untuk menghadiri Persidangan Kesihatan Sedunia (WHA) ke-76 yang bermula pada 21 Mei sehingga 30 Mei ini, menurut Kementerian Kesihatan (KKM). Menurut kenyataan KKM pada Rabu, WHA merupakan perhimpunan berkala yang dihadiri oleh menteri-menteri kesihatan, ketua-ketua pengarah kesihatan dan pakar-pakar dalam bidang kesihatan bertujuan membincangkan status pelaksanaan dasar, program, hala tuju, komitmen dan strategi baharu sektor kesihatan yang telah dipersetujui secara konsensus di bawah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). "Dalam sesi berkenaan, YB Menteri Kesihatan telah menyampaikan kenyataan dan akan membuat intervensi ke atas agenda-agenda perbincangan merangkumi Strategi Kesihatan Global Wanita, Kanak-kanak dan Dewasa (2016-2020), Universal Health Coverage dan pelaburan dalam bidang pembuatan produk dan teknologi kesihatan. "Penyertaan Malaysia ke WHA ke-76 ini adalah penting kerana platform berkenaan menyediakan ruang bagi konsultasi dan membincangkan pelan dan dasar strategik berhubung kesihatan awam bersama-sama negara anggota lain demi kepentingan bersama dalam sektor kesihatan," menurut KKM. Menurut kenyataan itu, Dr Zaliha sebelum itu telah menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan Komanwel (CHMM) ke-35 pada 20 Mei lalu yang menghimpunkan menteri-menteri kesihatan, pegawai kanan dan pemimpin kesihatan global dari negara-negara Komanwel untuk membincangkan isu-isu dasar kesihatan sejagat (Universal Health) dan isu berkaitan seperti mengukuhkan penjagaan kesihatan primer, kesihatan digital, kesihatan mental dan kesiapsiagaan serta tindak balas terhadap ancaman wabak/pandemik. Kenyataan itu menyebut antara perkara yang dibincangkan oleh Malaysia termasuk penjagaan kesihatan primer bagi mencapai Perlindungan Kesihatan Sejagat (UHC) dan usaha untuk mengukuhkan pencegahan pandemik yang merangkumi kesiapsiagaan dan respons. - Bernama
Read more:SINARH
2023-05-24 11:35:0

Catat Ulasan

0 Ulasan