Search

header ads

[SINARH] Fokus didik ibu bapa elak guna bas, van sekolah haram - JPJ



SHAH ALAM - Mendidik dalam usaha memberi kesedaran kepada golongan ibu bapa agar tidak menggunakan khidmat bas atau van sekolah haram menjadi fokus utama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Pengarah JPJ Selangor, Datuk Khairul Khar Yahya berkata, masyarakat khususnya ibu bapa perlu menyedari risiko bahaya kepada anak-anak sekiranya berlaku kejadian tidak diingini. "JPJ Selangor mahu lebih kepada usaha advokasi atau pendidikan berbanding tindakan penguatkuasaan semata-mata. "Kita mahu ibu bapa sedar mengenai risiko menggunakan perkhidmatan tidak sah seperti bas atau van sekolah haram ini," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri JPJ Selangor di sini pada Jumaat. Hadir sama, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim selain seluruh warga JPJ Selangor dan keluarga. Mengulas lanjut, pada Rabu, Unit Operasi JPJ Negeri Selangor telah menjalankan Ops Bas Sekolah di sekitar Jalan Cheras Kajang, Mahkota Cheras bermula jam 8 pagi. Tujuan operasi ini adalah bagi memastikan bas sekolah dalam keadaan baik dan selamat digunakan oleh pelajar sekolah serta pematuhan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kaedah-kaedah di bawahnya oleh pemandu dan pemilik kenderaan perkhidmatan awam. Operasi sehingga jam 3 petang itu bertindak memeriksa 26 kenderaan bas sekolah di mana enam daripadanya diambil tindakan atas kesalahan salah guna Lesen Kenderaan Motor (LKM), Lesen Memandu Kompeten (CDL) dan Lesen Vokasional (PSVk tamat tempoh selain kesalahan teknikal. Untuk sebarang aduan trafik, orang awam boleh menyalurkan kepada aduantrafik@jpj.gov.my atau platform aplikasi e-aduan@JPJ berserta butiran pengadu dan butiran aduan.
Read more:SINARH
2023-05-20 12:17:0

Catat Ulasan

0 Ulasan