Search

header ads

[SINARH] Gangguan air: Tiada arahan tutup, pendekkan waktu operasi sekolah



SHAH ALAM - Tiada arahan sekolah ditutup atau waktu operasi dipendekkan susulan gangguan bekalan air di daerah Shah Alam, Klang dan Kuala Selangor bermula Isnin hingga Rabu ini. Focal Person Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti Swasta (PIBKS) Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Petaling Perdana, Datuk Mohamad Isa Ishak berkata, sekolah akan beroperasi seperti biasa memandangkan tidak menerima sebarang arahan atau notis pemakluman daripada PPD mengenai perkara tersebut. "Setakat ini tiada sebarang arahan daripada mana-mana pihak atau PPD bermaksud sekolah akan beroperasi seperti biasa. "Pihak sekolah tidak boleh sesuka hati mengeluarkan arahan tanpa mendapat kelulusan daripada PPD," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad. Beliau berkata demikian mengulas kemungkinan sekolah tidak beroperasi susulan gangguan air bermula Isnin. Sebelum ini, Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan memaklumkan sebanyak 99 kawasan di Wilayah Klang, Shah Alam dan Kuala Selangor akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual. Ia susulan pelaksanaan kerja-kerja kecemasan pembaikan paip pecah di Jalan Bukit Cerakah, Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor. Kerja-kerja pembaikan dijangka akan siap pada jam 3 pagi, 23 Mei (Selasa) manakala bekalan air dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 9 malam, 24 Mei (Rabu). Ditanya mengenai persediaan gangguan air itu, beliau yang juga bekas Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 7 berkata, sekolah telah membuat persediaan awal untuk kegunaan kecemasan. "Jika ikut pada pengalaman lalu, sekolah biasanya akan menyediakan tong air untuk kegunaan kecemasan sementara pelajar perlu bawa air minuman sendiri daripada rumah. "Bagaimanapun, kita lihat dulu keadaan hari pertama esok (Isnin). Kita tunggu juga arahan lanjut daripada PPD," katanya.
Read more:SINARH
2023-05-21 21:42:0

Catat Ulasan

0 Ulasan