Search

header ads

[SINARH] Harimau kumbang mati dilanggar MPV



SEREMBAN - Seekor harimau kumbang jantan dewasa seberat 40 kilogram mati akibat dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 19, Jalan Seremban-Simpang Pertang, dekat Bukit Tangga, di sini petang Sabtu. Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintenden Maslan Udin berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, pemandu MPV jenis Honda Odyssey itu yang dipandu seorang lelaki berusia 38 tahun bersama keluarganya sedang dalam perjalanan dari arah Seremban ke Kuala Klawang. "Setibanya di tempat kejadian iaitu ketika melalui selekoh kanan menuruni bukit di lokasi tersebut, harimau kumbang berkenaan secara tiba-tiba melintas dari arah kanan jalan menyebabkan lelaki itu tidak sempat mengelak dan melanggar binatang itu. "Akibat pelanggaran, harimau kumbang itu sempat bergerak ke longkang berhampiran kira-kira empat meter namun mati di lokasi tersebut. Lelaki berkenaan dan keluarganya pula tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan. Beliau berkata, bangkai harimau kumbang itu diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan untuk tindakan selanjutnya. Video kejadian itu turut tular di laman sosial. - Bernama
Read more:SINARH
2023-05-20 22:4:0

Catat Ulasan

0 Ulasan