Search

header ads

[SINARH] Hawana 2023: PM buat beberapa pengumuman penting - Fahmi



KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membuat beberapa pengumuman penting berkenaan hala tuju industri media pada sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) yang berlangsung di Ipoh, Perak, esok. Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, kerajaan sentiasa berbincang mengenai hala tuju industri media yang ketika ini berhadapan dengan pelbagai tekanan, antaranya dari segi ekonomi, selain perkembangan teknologi yang mendorong perubahan dalam aspek penerbitan akhbar. "Tekanan ekonomi dan perkembangan ini memberi kesan kepada kelestarian, kemampanan industri media, dan tidak terkecuali aspek kebajikan para pengamal media, dan semua aspek ini sememangnya dberi perhatian oleh kerajaan. "Esok, Perdana Menteri akan hadir untuk memberi ucaptama di HAWANA dan kita boleh jangkakan ada beberapa pengumuman penting, khususnya mengenai hala tuju industri media," katanya pada sidang media selepas melancarkan logo dan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 di Esplanade, Taman KLCC di sini pada Sabtu. Fahmi berkata, perkara berkaitan penubuhan Majlis Media Malaysia juga dijangka menjadi antara perkara yang akan disentuh pada sambutan Hawana kali ini. Sambutan Hawana 2023 yang mengangkat tema 'Media Bebas, Tunjang Demokrasi' yang bertujuan memberi penekanan semula terhadap isu kebebasan media dalam menjalankan tugas, berlangsung selama tiga hari mulai hari ini. Majlis Kemuncak Hawana 2023 akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, esok. Tarikh 29 Mei diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional dan ia dipilih sempena penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939. - Bernama
Read more:SINARH
2023-05-27 14:9:0

Catat Ulasan

0 Ulasan