Search

header ads

[SINARH] Impian Negeri Sembilan ke separuh akhir lebur



HASRAT juara edisi 2010 Negeri Sembilan FC untuk melangkah ke separuh akhir Piala FA tidak kesampaian apabila tewas 1-3 kepada Selangor FC dalam aksi di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada Sabtu. Skuad Rusa tampil garang dengan misi mengembalikan rentak kemenangan selepas terikat 3-3 menentang Kelantan United dalam perlawanan Liga Super, pada Selasa. Hasilnya The Red Giants dikejutkan dengan jaringan bekas pemain pertahanan Selangor, Muhammad Safuwan Baharudin seawal minit pertama separuh masa pertama menewaskan penjaga gol, Mohd Khairulazhan Mohd Khalid. Bagaimanapun anak buah Tan Cheng Hoe yang menewaskan Negeri Sembilan 2-1 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 24 April lalu kembali menyamakan kedudukan menerusi Mukhairi Ajmal Mahadi pada minit ketiga untuk kedudukan 1-1 separuh masa pertama. Separuh masa kedua, The Red Giants ternyata lebih mendominasi permainan, namun hanya berjaya melebarkan jaringan menerusi Yuhandry Orozco Cujia pada minit ke-60. Selangor yang masih bersemangat selepas bangkit menjinakkan Kedah Darul Aman FC, 3-2 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, mematikan kebangkitan skuad Rusa apabila Orozco Cujia sekali lagi menjadi duri dalam daging dengan gol kedua peribadi seterusnya jaringan kemenangan Selangor pada minit ke-87. Keputusan itu menyaksikan Selangor mengiringi Terengganu FC (TFC) ke separuh akhir yang terlebih dulu menewaskan Kelantan FC, 4-2 di Kuala Nerus petang Sabtu.
Read more:SINARH
2023-05-27 23:21:0

Catat Ulasan

0 Ulasan