Search

header ads

[SINARH] Ismail Sabri titip doa kepada mangsa tragedi Everest



SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menitipkan doa kepada dua rakyat Malaysia yang ditimpa tragedi ketika menyertai misi Malaysia Everest 2023 (ME2023) baru-baru ini. Ahli pasukan tersebut, Leftenan Kolonel (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub yang juga Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah dilaporkan meninggal dunia selepas terjatuh ketika melakukan pendakian di Everest dengan ketinggian 8,848 meter dari paras laut. Seorang lagi pendaki, Muhammad Hawari Hashim, yang juga orang kurang upaya (OKU) pendengaran dilaporkan hilang ketika menuju Kem 3 selepas berjaya menawan puncak Everest. Menurut Ismail Sabri, sebelum memulakan misi tersebut, beliau pernah bertemu kedua-duanya untuk memberikan kata-kata semangat. "Saya telah bertemu dengan mereka sebanyak dua kali untuk memberikan kata-kata semangat sebelum memulakan ekspedisi mendaki puncak tertinggi dunia itu pada 2 April 2023. "Semoga ALLAH SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Awang Askandar dan sama-sama kita mendoakan agar usaha mencari dipermudahkan dan berhasil menemui Muhammad Hawari dengan selamat," ujarnya dalam satu kenyataan di Facebook pada Ahad. Menurut Ismail Sabri, kehilangan tersebut turut dirasai oleh rakyat Malaysia. "Seluruh Keluarga Malaysia bersama keluarga wira negara ini merasai kehilangan mereka," katanya.
Read more:SINARH
2023-05-21 18:53:0

Catat Ulasan

0 Ulasan