Search

header ads

[SINARH] Jenazah pendaki dijangka dibawa turun malim gunung



KATHMANDU - Jenazah pendaki Malaysia Everest 2023 (ME 2023), Awang Askandar Ampuan Yaacub dijangka dibawa turun dari kawasan pergunungan Everest menggunakan khidmat bantuan malim gunung. Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin dalam sebuah kenyataan memaklumkan ini berikutan cuaca tidak mengizinkan ketika ini. "Maklumat awal yang kita terima bahawa jenazah Allahyarham Awang Askandar Ampuan Yaakob akan dibawa menggunakan khidmat helikopter. "Walau bagaimanapun, faktor cuaca pada ketika ini tidak mengizinkan. Oleh itu pihak operator pendakian atau operator Everest telah mengambil keputusan untuk membawa turun menggunakan khidmat malim gunung," katanya kepada Astro Awani. Dalam pada itu, beliau memaklumkan seramai lapan malim gunung sedang berkumpul di kem empat untuk urusan operasi membawa turun jenazah Allahyarham. Sementara itu, beliau memberitahu jenazah Allahyarham dijangka tiba di bawah pada besok pagi. Sejurus tiba, jenazah akan diterbangkan menggunakan helikopter menuju ke T.U Teaching Hospital di Kathmandu untuk tujuan bedah siasat yang akan mengambil masa satu ke dua hari. Awang Askandar, yang juga Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, meninggal dunia selepas terjatuh ketika melakukan pendakian ke puncak Gunung Everest, yang berketinggian 8,848 meter dari paras laut. - Awani
Read more:SINARH
2023-05-21 22:58:0

Catat Ulasan

0 Ulasan