Search

header ads

[SINARH] JKN Kedah siasat isu pertukaran jururawat



ALOR SETAR - Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung luahan seorang lelaki tentang isu pertukaran jururawat yang merupakan isterinya ke Kedah. Pengarah Kesihatan Kedah, Dr Othman Warijo berkata, pihaknya sedia maklum dengan beberapa hantaran dalam TikTok oleh seorang individu yang meluahkan rasa kesal berikutan pertukaran isterinya ke Kedah. "Dalam hantaran TikTok itu, individu tersebut turut menamakan seorang pegawai berjawatan Penyelia Jururawat di JKN Kedah yang terlibat dengan pertukaran berkenaan yang disifatkan sebagai orang yang menganiaya isterinya. "JKN Kedah juga telah menerima aduan daripada individu tersebut melalui Sistem Pengurusan Pengaduan Awam (SiSPAA) mengenai isu yang sama," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu. Dr Othman berkata, pihaknya sentiasa memandang serius setiap aduan yang dibuat oleh orang awam. Beliau memaklumkan, JKN Kedah akan menyiasat seterusnya membuat penambahbaikan bagi memastikan perkhidmatan yang lebih baik disampaikan kepada orang ramai pada masa hadapan. Tambah beliau, pihaknya juga ingin menasihati orang awam supaya tidak mengikut emosi dalam membuat kenyataan peribadi yang mungkin akan lebih menyulitkan keadaan. Sebelum itu, tular video di aplikasi sosial TikTok yang memaparkan luahan seorang lelaki tentang isu pertukaran terbabit yang mencecah 52,100 tontonan.
Read more:SINARH
2023-05-27 14:34:0

Catat Ulasan

0 Ulasan