Search

header ads

[SINARH] Kerajaan pastikan harga gula terkawal



KUALA LUMPUR - Kerajaan sentiasa berusaha mencari mekanisme terbaik bagi memastikan harga gula terkawal dan rakyat tidak perlu membayar lebih untuk bahan makanan asas itu, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub."Kalau macam mana pun bahan mentah naik, gas asli naik, kita (kerajaan) sentiasa berusaha mencari jalan terbaik agar rakyat masih dapat membeli gula dengan harga yang kita kawal dan rakyat tidak membayar lebih untuk harga gula," katanya dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat di sini pada Isnin.Beliau menjawab soalan Rodiyah Sapiee (GPS-Batang Sadong) mengenai penurunan kuasa untuk membeli dalam kalangan pengguna ketika bulan puasa dan perayaan Aidilfitri baru-baru ini apabila harga barangan asas naik dengan ketara.Salahuddin juga menyangkal dakwaan kononnya harga bahan asas di negara ini naik mendadak termasuk gula.Beliau menjelaskan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah mengawal 43 jenis barangan kawalan seperti minyak masak, beras dan RON95.Sementara itu, beliau memaklumkan, kuasa beli pengguna telah meningkat dalam tempoh enam bulan dan ia dibuktikan dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku pertama tahun ini yang mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.6 peratus, didorong oleh permintaan domestik yang kukuh.Salahuddin berkata, kadar inflasi bagi makanan bermasak telah turun daripada 9.6 peratus kepada 9.3 peratus hasil pelbagai inisiatif di bawah Payung Rahmah."Kementerian telah berusaha untuk meningkatkan kuasa beli ini," katanya dan memaklumkan KPDN telah melaksanakan Jualan Rahmah di 3,500 lokasi dan 120 kawasan Parlimen di seluruh negara yang mencatatkan nilai jualan berjumlah RM52.6 juta setakat hari ini.Katanya, sebanyak 14,000 barangan asas keperluan suri rumah diberikan diskaun sebanyak tiga hingga 50 peratus. - Bernama
Read more:SINARH
2023-05-22 13:39:0

Catat Ulasan

0 Ulasan