Search

header ads

[SINARH] Kerana mulut, Klopp digantung dan didenda AS$95,000



PENGENDALI Liverpool Jurgen Klopp digantung dari berada di garisan tepi padang bagi dua perlawanan dan didenda 75,000 pound (AS$95,000) berikutan komennya kepada media selepas menentang Tottenham Hotspur di Stadium Anfield pada 30 April, kata Persatuan Bola Sepak Inggeris. Bekas pengendali kelab Bundesliga, Borussia Dortmund itu mendakwa pengadil Paul Tierney mempunyai sesuatu 'menentang' Liverpool selepas tuan rumah dipaksa berhempas pulas mengekang kebangkitan pasukan pelawat sebelum menang 4-3. Badan pengadil menyemak audio antara Tierney dengan Klopp, mendapati pegawai perlawanan tersebut bertindak secara profesional sepanjang masa. "Perlawanan pertama larangan Klopp di garisan tepi padang berkuat kuasa serta-merta dan perlawanan kedua digantung sehingga akhir musim 2023-24, dengan syarat dia tidak melakukan apa-apa lagi pelanggaran Peraturan FA E3 dalam masa sama," kata badan induk tersebut. Perkembangan terkini itu menyaksikan pengendali dari Jerman itu tidak akan menguruskan The Reds apabila melayan kunjungan kelab penuh kejutan, Aston Villa pada Sabtu. Sebagai rekod, Liverpool berada di tempat kelima dalam kedudukan liga dengan 65 mata, tujuh mata di hadapan Brighton and Hove Albion di tempat keenam tetapi telah bermain lebih dua perlawanan. LIGA PERDANA INGGERIS SABTU (20 MEI) Tottenham Hotspur lwn Brentford, 7.30 malam Liverpool lwn Aston Villa, 10 malam Wolves lwn Everton, 10 malam Bournemouth lwn Manchester United, 10 malam Fulham lwn Crystal Palace, 10 malam AHAD (21 MEI) Nottingham Forest lwn Arsenal, 12.30 tengah malam West Ham United lwn Leeds United, 8.30 malam Brighton lwn Southampton, 9 malam Manchester City lwn Chelsea, 11 malam SELASA (23 MEI) Newcastle United lwn Leicester City, 3 pagi
Read more:SINARH
2023-05-19 8:58:0

Catat Ulasan

0 Ulasan