Search

header ads

[SINARH] Kilang proses emas didenda RM25,000



KUALA TERENGGANU - Sebuah syarikat memproses emas didenda RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu di sini, pada Isnin kerana beroperasi tanpa mendapat kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA). Mahkamah memutuskan hukuman itu selepas wakil syarikat berkenaan mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nazlyza Mohamad Nazri. Berdasarkan pertuduhan, syarikat yang beroperasi di daerah Marang itu didapati menjalankan aktiviti memproses emas iaitu aktiviti 8 (a), Jadual Pertama, Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan)(Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015. Syarikat berkenaan didakwa tidak mengemukakan laporan EIA terlebih dahulu kepada Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling dan diluluskan sebagaimana dikehendaki di bawah Seksyen 34A (6) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Pendakwaan kes itu dikendalikan oleh pegawai pendakwa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Terengganu. Sementara itu, Pengarah JAS Terengganu, Ramli Abd Rahman dalam kenyataan di sini berkata, berdasarkan Seksyen 34A(6) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, individu yang ingin menjalankan aktiviti yang ditetapkan tidak boleh menjalankan aktiviti itu sehingga laporan yang dikehendaki dikemukakan dan diluluskan oleh JAS sebelum dibenarkan beroperasi.
Read more:SINARH
2023-05-23 11:23:0

Catat Ulasan

0 Ulasan