Search

header ads

[SINARH] Lelaki maut motosikal dilanggar hilang kawalan



KULAI - Seorang lelaki maut apabila motosikal yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan di Plaza Tol Senai Utara, pada Jumaat. Menurut Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tok Beng Yau, lelaki warga tempatan berusia 22 tahun itu dipercayai meninggal dunia akibat mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan dalam kemalangan berkenaan. "Siasatan di tempat kejadian mendapati lelaki berkenaan telah dilanggar oleh sebuah kenderaan lalu hilang kawalan ke kiri jalan dan terbabas ke tengah jalan. "Kes disiasat di bawah Seksyen 41, Akta Penganjuran Jalan 1987," katanya pada Jumaat. Tambah Beng Yau, pihaknya masih mengenai pasti individu yang terlibat dalam kemalangan tersebut. "Mana-mana saksi yang melihat kejadian, di minta tampil memberikan maklumat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai atau menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohd Fatin (trafik) di talian 018-3649199," katanya.
Read more:SINARH
2023-05-19 22:23:0

Catat Ulasan

0 Ulasan