Search

header ads

[SINARH] Lima pelajar MRSM ditahan terbabit kes buli



BALIK PULAU - Polis mengesahkan menahan lima pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini bagi membantu siasatan kes buli yang berlaku pada Jumaat lalu. Kejadian berlaku pada jam 11 malam itu membabitkan mangsa pelajar tingkatan tiga di tandas lelaki Blok B bangunan sekolah berkenaan. Difahamkan, mangsa dikatakan dipukul oleh pelajar tingkatan lima disebabkan alasan lambat turun untuk solat Subuh. Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan tangkapan tersebut. Menurutnya, tangkapan dibuat pada hari sama pihak polis menerima laporan daripada bapa mangsa. "Kesemua pelajar berkenaan dibebaskan dengan jaminan polis selepas kita merakamkan keterangan mereka dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan iaitu merusuh. "Siasatan polis juga mendapati kelima-lima suspek tersebut telah membuli 14 mangsa lain pada tarikh sama dalam tempoh masa 11 hingga 12.30 tengah malam membabitkan tiga lokasi berbeza iaitu tandas, bilik beg dan bilik senior di blok B. "Bagaimanapun tiada laporan dibuat oleh mangsa lain setakat ini," katanya.
Read more:SINARH
2023-05-21 17:9:0

Catat Ulasan

0 Ulasan