Search

header ads

[SINARH] Lupus telefon curi, dua pemuda dijel tiga bulan



SHAH ALAM - Tindakan dua pemuda melupuskan harta curi iaitu sebuah telefon bimbit jenis Redmi Note II Pro milik seorang warga asing yang dilaporkan hilang membawa padah apabila dia dihukum penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat. Pencuci kereta, Chau Xieu Zhean dan pekerja kontrak, Shahrunizam Bambang Supcipto, masing-masing berusia 19 tahun dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret Sasha Diana Sabtu. Mahkamah memerintahkan mereka dipenjara bermula tarikh tangkap iaitu Februari lalu. Mengikut pertuduhan, mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah kedai telefon di Taman Puchong Prima di sini pada 3.30 petang, 6 Februari lepas. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan atau denda atau dengan kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Farah Sofea Norazman mencadangkan kedua-dua tertuduh dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran. Bagaimanapun, mereka yang diwakili peguam, Farith Emier Farhan merayu agar anak guamnya dikenakan hukuman penjara dalam tempoh singkat bermula tarikh tangkap iaitu Februari lalu. "Xieu Zhean perlu menyara ibu bapanya yang sudah tua termasuk anak tunggalnya sementara Shahrunizam menjaga bapanya yang sakit," katanya.
Read more:SINARH
2023-05-19 12:38:0

Catat Ulasan

0 Ulasan