Search

header ads

[SINARH] Malaysia tempah perhitungan dengan Korea Selatan



MALAYSIA mengesahkan kemaraan ke pusingan separuh akhir Piala Sudirman selepas menewaskan Denmark 3-1 dalam aksi suku akhir di Suzhou, China pada Jumaat. Kemenangan itu menyaksikan skuad negara akan membuat perhitungan dengan Korea Selatan yang terlebih dahulu menundukkan Taiwan dalam satu lagi aksi suku akhir. Tumpuan di Pusat Sukan Olimpik Suzhou itu sudah tentu terarah kepada pertembungan perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia menentang pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen. Namun, hasrat peminat badminton untuk menyaksikan pertarungan tersebut tidak kesampaian apabila Axelsen terpaksa menarik diri akibat kecederaan ketika perlawanan baru berlangsung lima minit sekali gus memberikan mata kedua buat negara. Sebelum itu, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang terus diberikan kepercayaan menggalas tugas dalam acara beregu campuran tampak agak gementar di set pertama apabila tewas 15-21 kepada Mathias Christiansen-Alexandra Boje. Gandingan di ranking ke-22 dunia itu kembali bangkit pada set kedua dan ketiga untuk meraih mata pertama buat negara menerusi kemenangan 21-14 dan 21-7 dalam tempoh 58 minit. Bagaimanapun, harapan untuk melihat perseorangan wanita negara, Goh Jin wei mencipta kejutan tidak kesampaian apabila tewas dalam pertarungan sengit tiga set 14-21, 21-15 dan 19-21 kepada Mia Blichfeldt. Pasangan beregu nombor dua dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik nyata tidak menghampakan apabila menghadiahkan mata kemenangan yang dicari-cari selepas menumbangkan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen 21-17, 21-16. Turut mengesahkan kemaraan ke separuh akhir adalah Jepun yang menewaskan Thailand 3-2 dan akan bertemu tuan rumah, China yang mara selepas menundukkan Indonesia.
Read more:SINARH
2023-05-19 21:5:0

Catat Ulasan

0 Ulasan