Search

header ads

[SINARH] ‘Mana tuduhan PN terima dana judi’?- Ahmad Fadhli



SHAH ALAM - Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari menyindir pimpinan Kerajaan Perpaduan mengenai dakwaan mereka bahawa Perikatan Nasional (PN) ada menerima dana daripada syarikat perjudian bagi kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Beliau berkata sedemikian susulan laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang tidak dapat membuktikan tuduhan terbabit. Menurutnya, dakwaan berkenaan jelas merupakan satu fitnah bagi memburukkan gabungan PN. "Di mana tuduhan dan fitnah yang keluar dari mulut pimpinan negara itu? Untold lie," katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Khamis. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said pada Khamis memberitahu Dewan Rakyat, siasatan SPRM tidak dapat membuktikan PN menerima dana daripada syarikat perjudian untuk berkempen PRU15. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan dikemukakan Ahmad Fadhli yang ingin mengetahui status siasatan terhadap dakwaan tersebut. Sebelum itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam satu sidang media mendedahkan kemungkinan PN memperoleh dana politik daripada syarikat berkaitan perjudian bagi membiayai perbelanjaan pilihan raya. Dakwaan berkenaan bagaimanapun disangkal oleh parti gabungan PN iaitu Pas atas alasan mustahil mereka menerima dana politik daripada tauke dan syarikat judi ketika pihaknya tegas menutup tempat kegiatan terbabit.
Read more:SINARH
2023-05-26 10:49:0

Catat Ulasan

0 Ulasan