Search

header ads

[SINARH] Maritim Malaysia tahan 3 nelayan warga asing



PARIT BUNTAR - Tiga nelayan warga Indonesia ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) ketika menjalankan aktiviti perikanan di kedudukan 5.13 batu nautika barat daya Kuala Gula di sini pada Isnin. Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Najhan Azman Hamid berkata, ketiga-tiga lelaki berusia 26 hingga 32 tahun itu dikesan mengendalikan bot nelayan tempatan kelas A jenis pukat gombang sekitar jam 3.20 petang. "Semasa rondaan rutin di perairan Kerian dan Larut Matang, pasukan bot peronda Maritim telah mengesan bot itu dan dirapati untuk pemeriksaan. "Hasil pemeriksaan, ketiga-tiga nelayan itu memiliki dokumen pengenalan diri yang sah namun pas lawatan mereka telah tamat tempoh," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa. Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati bot berkenaan mempunyai lesen tetapi tiada kebenaran menggajikan kru warga asing. "Kesemua nelayan, bot dan peralatan menangkap ikan ditahan serta dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk tindakan lanjut. "Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di negara ini melebihi masa yang telah ditetapkan dan Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985, melanggar syarat sah lesen," katanya.
Read more:SINARH
2023-05-23 15:10:0

Catat Ulasan

0 Ulasan