Search

header ads

[SINARH] Masters Malaysia 2023: Aaron-Wooi Yik lulus ujian sulung



BEREGU lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya melepasi ujian awal selepas menewaskan gandingan Indonesia, Yeremia Rambitan-Pramudya Kusumawardana 21-18, 10-21, 23-21 dalam aksi pusingan pertama Masters Malaysia 2023 di Axiata Arena, Bukit Jalil sebentar tadi. Bagaimanapun, Aaron-Wooi Yik yang tampil dengan status selaku juara dunia dipaksa bekerja keras bagi menoktahkan kemenangan di hadapan penyokong sendiri dalam tempoh hampir sejam. "Ya saya harus akui perlawanan hari ini bukan mudah sebab jadual kami agak padat. Kami baru balik daripada (beraksi pada) Piala Sudirman, jadi kami perlu rehat untuk fresh bila turun bertanding. "Tapi saya tidak mahu jadikan perkara itu sebagai alasan. Saya harap rehat sehari selepas ini kami boleh gunakan dengan baik sebelum kembali beraksi Khamis nanti," kata Wooi Yik kepada pemberita sejurus tamat perlawanan. Pada aksi pusingan kedua, Aaron-Wooi Yik yang kini menduduki ranking kedua dunia dijadualkan menentang gandingan Korea Selatan, Choi Sol Gyu-Kim Won Ho. Terdahulu, beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yii turut mara ke pusingan kedua selepas menewaskan gandingan China, Ren Xiang Yu-Tan Qiang 21-16, 21-18. Pada pusingan kedua, Yew Sin-Ee Yii bakal menentang wakil Taiwan, Lu Ching Yao-Yang Po Han yang menewaskan wakil Belanda, Ruben Jille-Ties Van der Lecq 21-17, 21-15. Turut mara ialah satu lagi wakil beregu lelaki muda negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun yang mencipta kejutan selepas mengalahkan gandingan berpengalaman Denmark, Kim Astrup-Anders Rasmussen 25-23, 21-16. Dalam pada itu, beregu utama wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah tidak menghadapi masalah menumpaskan gandingan adik beradik dari Bulgaria, Gabriela Stoeva-Stefani Stoeva 21-17, 21-14. Pearly-Thinaah bakal membuat perhitungan dengan gandingan Jepun, Rena Miyaura-Ayako Sakuramoto dalam aksi pusingan kedua.
Read more:SINARH
2023-05-23 23:7:0

Catat Ulasan

0 Ulasan