Search

header ads

[SINARH] 'Muhyiddin pernah ajak rakyat sokong DAP' - Sheikh Umar



SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Sheikh Umar Bagharib Ali menempelak Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung sikap bingung yang dizahirkan apabila ada pemimpin UMNO minta ahlinya menyokong DAP pada Pilihan Raya Negeri akan datang. Sheikh Umar Bagharib berkata, sedangkan sebelum ini, Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pernah mengajak rakyat menyokong DAP. Menurutnya, meskipun beliau rasa 'agak luar biasa' mengenai perkara tersebut namun ia sebenarnya bukanlah sesuatu yang ganjil bagi dirinya sendiri. "Ini kerana, beliau sendiri pernah berkempen agar menyokong DAP. Dalam satu ucapan pada Januari 2018, beliau pernah memberitahu prinsip PPBM, siapa bertanding atas Pakatan Harapan, DAP, Amanah atau Keadilan, kita sokong 100 peratus. "Pada ketika itu beliau begitu yakin, setelah terbuang dari UMNO, PPBM dan Pakatan Harapan telah menjalin berkerjasama. Hasilnya, Pakatan Harapan menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad. Tambah Sheikh Umar Bagharib, kali ini gabungan 19 parti telah bermuafakat untuk merealisasikan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar sebuah Kerajaan Perpaduan dibentuk pasca PRU15. "Justeru, seruan untuk mengukuhkan kerajaan ini adalah penting bagi memastikan kestabilan politik dan pemulihan ekonomi Malaysia. Ia termasuklah dalam berdepan Pilihan Raya Negeri yang akan datang. "Jadi walaupun Muhyiddin rasa 'luar biasa', ia bukanlah batu penghalang untuk parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan menerokai naratif baharu politik rentas parti bagi mengekalkan kestabilan dalam pentadbiran kerajaan hari ini,'' jelasnya. ARTIKEL BERKAITAN:PRN: Ahmad ajak pengundi UMNO pangkah calon DAP ARTIKEL BERKAITAN:Sukar ubah penyokong terima DAP, tapi tak mustahil - Ahmad Zahid ARTIKEL BERKAITAN:Janggal, luar biasa UMNO minta sokong DAP - Muhyiddin ARTIKEL BERKAITAN:PRN: Ahli, penyokong DAP digesa beri undi kepada calon UMNO
Read more:SINARH
2023-05-21 10:37:0

Catat Ulasan

0 Ulasan