Search

header ads

[SINARH] Pelaksanaan diyat perlu kajian teliti - Anwar



SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan konsep diyat iaitu pampasan kepada keluarga atau waris mangsa susulan Rang Undang-Undang (RUU) Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 masih memerlukan kajian lanjut dengan teliti. Jelas Anwar, kerajaan memandangkan serius berkenaan saranan pelaksanaannya kerana selari dengan falsafah perundangan Islam. Bagaimanapun, beliau menyatakan jenayah pembunuhan dan kecederaan adalah di bawah undang-undang awam Persekutuan dan tidak mempunyai kaitan sama sekali dengan undang-undang Syariah. "Untuk membolehkan konsep pampasan (diyat) dilaksanakan dalam sistem perundangan jenayah negara, ianya memerlukan pindaan kepada beberapa peruntukan dalam Kanun Keseksaan dan Akta Tatacara Jenayah. "Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dengan kerjasama Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) pada 12 Ogos 2022, menerusi satu Perbincangan Meja Bulat (RTD) menetapkan cadangan pelaksanaan konsep diyat ini masih memerlukan kajian yang lebih lanjut dan teliti. "Ia juga memerlukan penglibatan semua pihak yang berkepentingan seperti Badan Kehakiman, Jabatan Peguam Negara, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Majlis Peguam dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam memberikan input-input yang berkaitan," katanya kepada Dewan Rakyat pada Khamis. Beliau berkata demikian dalam satu jawapan bertulis bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Jerlun, Dr Abd Ghani Ahmad yang ingin mengetahui status kajian pelaksanaannya. Sebelum ini, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh menyatakan, bayaran pampasan ketika ini diberikan kepada mahkamah dan bukan pihak lain. Jelas beliau, ia melibatkan Kanun Acara Jenayah menerusi Seksyen 426. Dewan Rakyat terdahulu meluluskan RUU Pemansuhan Mati Mandatori 2023 selepas bacaan kali ketiga oleh Ramkarpal dan dibahaskan oleh 10 ahli Parlimen.
Read more:SINARH
2023-05-26 11:41:0

Catat Ulasan

0 Ulasan