Search

header ads

[SINARH] Pemain tunjuk petanda positif, miliki potensi menyerlah



PENGARAH Kejurulatihan Beregu Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky kekal tenang di sebalik perjuangan skuad negara tersekat di peringkat separuh akhir setelah tewas kepada Korea Selatan 1-3 dalam aksi separuh akhir Piala Sudirman di China pada Sabtu. Rexy berkata, para pemain menampilkan prestasi memberangsangkan dan menunjukkan corak permainan berbeza yang lebih baik pada kejohanan tersebut. Beliau juga berbangga dengan semangat juang yang dipamerkan para pemain dan mereka mempunyai potensi besar untuk menyerlah pada masa depan. "Persiapan kita kali ini berbeza, biarpun belum sempurna tapi ada satu peningkatan baik ditunjukkan oleh para pemain," katanya. Selepas kem badminton negara ketinggalan 1-2, beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik diharapkan mampu menyamakan kedudukan bagi mengheret aksi ke permainan penentuan, namun mereka dikejutkan dengan kekalahan kepada pasangan Korea, Kim Won Ho-Na Sung Seung 12-21, 11-21. "Prestasi para pemain secara keseluruhan cukup positif kecuali semalam (Sabtu - menentang Korea) apabila mereka kurang rehat kerana permainan berlangsung sehingga malam Jumaat dan pagi Sabtu kita harus bermain lagi. "Saya puji prestasi Aaron-Woi Yik ketika lawan India dan Denmark, tapi semasa menentang Korea mereka tidak tunjuk prestasi seperti yang kita harapkan. "Apa pun kita sedar situasi ini dan akan perbaiki kelemahan mereka menjelang Malaysian Masters nanti," katanya. Mengulas prestasi para pemain lain, lahir jurulatih kelahiran Indonesia itu tanpa bersembunyi berpuas hati dengan corak permainan yang ditunjukkan. Malah beliau turut memuji aksi cemerlang K Letshanaa sekali gus menepis andaian pemain itu bakal berdepan saingan sukar dalam kejohanan tersebut. "Letshanaa, orang anggap akan kalah teruk tapi dia mampu main dengan baik. Begitu juga Lee Zii Jia, Goh Jin Wei dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei juga beraksi dengan baik," katanya. Kekalahan kepada Korea Selatan menyaksikan Malaysia menyamai pencapaian sebelum ini apabila mara ke separuh akhir di Guangzhou pada edisi 2019 dan Vantaa, Finland (2021). Sebagai rekod Malaysia tidak pernah mara ke final sejak kejohanan diperkenalkan pada 1989.
Read more:SINARH
2023-05-21 20:45:0

Catat Ulasan

0 Ulasan