Search

header ads

[SINARH] Pendaki OKU Malaysia berjaya tawan puncak Everest



SHAH ALAM - Seorang pendaki Malaysia Everest 2023 (ME 2023) kategori orang kurang upaya (OKU) pendengaran, Muhammad Hawari Hashim, 33, berjaya menawan puncak Everest pada ketinggian 8,848 meter dari paras laut pada Khamis. Hawari berjaya sampai di puncak pada jam 3.30 petang (waktu Nepal) dan kejayaannya itu turut dilaporkan media online tempatan Nepal, The Himalayan Times (THT). Pengarah Pengembaraan Perintis, Nivesh Karki berkata, ketika misi pendakian, pendaki OKU itu membawa bersama Jalur gemilang dan bendera negeri kelahirannya, Pulau Pinang. "Kejayaannya membawa mesej baharu bahawa OKU juga mampu melakukan misi mencabar ini. "Hawari menjadi rakyat Malaysia pertama yang berjaya sampai ke puncak tertinggi dunia dengan kekurangan fizikal dirinya," katanya, sebagaimana dilaporkan THT. Misi kali ini adalah percubaan kali kedua Hawari selepas tertangguh pada tahun lalu disebabkan faktor cuaca ribut salji dan dia dibimbing malim gunung, Chatur Man (Chakra) Rai sehingga ke puncak. Selain Hawari, ME 2023 turut disertai tiga pendaki lain terdiri dari ketua misi, Azim Afif Ishak, 35; Awang Askandar Ampuan Yaacub, 55, dan Tiong Ling Yang, 30 serta mereka memulakan misi bermula 2 April lalu bagi menyesuaikan diri.
Read more:SINARH
2023-05-19 22:29:0

Catat Ulasan

0 Ulasan