Search

header ads

[SINARH] 'Perjuangan Islam itu luas, tak terikat mana-mana parti'



SHAH ALAM - Bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali menegaskan bahawa perjuangan Islam itu tidak sepatutnya disempitkan dengan keterikatan terhadap mana-mana parti politik. Beliau yang juga ahli Majlis Ulamak UMNO berkata, falsafah perjuangan Islam itu sangat luas dan merangkumi pelbagai aspek termasuk menyeru rakyat mentaati pemerintah semasa yang telah dipilih. "Perjuangan Islam ialah perjuangan mengajak manusia Muslim bersaudara atas nama Islam dan mengajak manusia yang berbeza agama bersaudara atas nama rakyat Malaysia selain memastikan urusan pentadbiran negara, negeri dan daerah serta kampung sentiasa telus tanpa penyalahgunaan kuasa dan kebajikan rakyat khususnya marhaen terbela. "Perjuangan Islam adalah perjuangan memastikan undang-undang negara sentiasa selari dengan Islam dan dasar-dasar perundangan Islam," kata beliau dalam satu hantaran di Facebook pada Ahad. Tambah Khairuddin, manhaj sebenar di sebalik perjuangan tersebut adalah memastikan seruan melakukan makruf dan mencegah kemungkaran dengan pelbagai cara yang berhikmah. "Demikianlah luasnya cakupan perjuangan atas nama Islam," jelasnya.
Read more:SINARH
2023-05-21 18:5:0

Catat Ulasan

0 Ulasan