Search

header ads

[SINARH] Perkeso sahkan pegawai ditahan SPRM



KUALA LUMPUR - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mengesahkan penahanan seorang pegawai agensi itu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi Ops Hire 2.0 semalam. Perkeso dalam satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan, penahanan itu bagi membantu siasatan berhubung insentif pengambilan pekerja bawah program Pelan Jana Semula Ekonomi (Penjana). Menurut Perkeso, pegawai terbabit disyaki terlibat menerima suapan bagi meluluskan permohonan tuntutan Program Insentif Pengambilan Pekerja di bawah Penjana. "Sehubungan itu, pihak kami menegaskan bahawa Perkeso tidak akan mencampuri urusan tersebut dan memberi kerjasama serta menyerahkan sepenuhnya kepada pihak SPRM untuk menjalankan penyiasatan ke atas pegawai berkenaan sehingga selesai," menurut kenyataan itu. Terdahulu, media melaporkan SPRM telah menahan seorang pegawai perkhidmatan sebuah agensi selepas disyaki terbabit menerima wang habuan ribuan ringgit daripada seorang pemilik syarikat sebagai upah meluluskan permohonan tuntutan Program Insentif Pengambilan Pekerja di bawah program Penjana bernilai kira-kira RM1.3 juta. - Bernama
Read more:SINARH
2023-05-19 12:0:0

Catat Ulasan

0 Ulasan