Search

header ads

[SINARH] Pindaan Kanun Tatacara Jenayah, sinar buat mangsa scammer



SHAH ALAM - Sindiket penipuan kewangan atas talian atau scammer seolah-olah tiada kesudahan apabila masih lagi ada individu yang menjadi mangsa. Kerugian yang dihadapi mangsa scammer bukanlah satu jumlah yang sedikit tetapi melibatkan jutaan ringgit. Lebih menyedihkan, apabila peluang untuk mendapatkan kembali wang tersebut sangat tipis malah ada dalam kalangan antara mereka hanya mampu berputih mata. Sudah ramai menjadi mangsa tidak kira latar belakang serta kerjaya sehinggakan golongan cerdik pandai turut berjaya ditipu oleh kumpulan sindiket itu. Susulan kekerapan kejadian tersebut, kerajaan mengambil inisiatif baharu dengan meminda Kanun Tatacara Jenayah. Ia bagi membolehkan wang yang ditipu oleh scammer dipulangkan lebih awal kepada mangsa. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pindaan itu membolehkan mangsa mendapat semula dana yang dicuri dengan syarat pemberian bon disediakan sementara menunggu perbicaraan di mahkamah. "Saya setuju ia (kes) sekarang ini akan mengambil masa, ramai (mangsa) merayu (wang dipulangkan) kerana kes (dalam) mahkamah akan berlanjutan. "Oleh demikian, apa diputuskan adalah untuk dipinda Kanun Tatacara Jenayah supaya membolehkan pulangan (dana yang dicuri) kepada mangsa disegerakan dengan syarat bon disediakan sementara kes (di mahkamah) dijalankan," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Selasa. Pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri itu jelas memberi nafas baharu kepada mangsa scammer. Jika sebelum ini tiada sebarang harapan namun sekarang, ia mula menampakkan titik cahaya di hujung terowong memandangkan usaha kerajaan itu mungkin membuka peluang kepada mereka untuk mendapatkan kembali wang yang sudah ditipu. Contohnya, Pesara swasta, Megat Abdullah, 55 melahirkan rasa syukur kerana segala masalah berkaitan penipuan itu akhirnya menemui jalan penyelesaian walaupun mengambil masa. Sementara itu Seorang lagi mangsa, suri rumah, Azura Adnan, 38 berkongsi pandangan dan berpendapat, ia adalah satu rezeki buat dirinya dan keluarga jika wang dilaburkan itu dapat dikembalikan. "Saya sudah teruskan kehidupan dan reda dengan apa yang berlaku," ujarnya.
Read more:SINARH
2023-05-24 8:0:0

Catat Ulasan

0 Ulasan