Search

header ads

[SINARH] Polis tahan lelaki, rampas 20,000 pil kuda



PASIR MAS - Polis menahan seorang lelaki dan merampas 20,000 biji pil kuda dianggarkan bernilai RM200,000. Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, lelaki berusia 24 tahun itu ditahan di Kampung Batu Hampar, Tok Uban di sini kira-kira jam 12.45 malam. Menurut beliau, ujian saringan urin terhadap suspek mendapati negatif dadah. "Hasil pemeriksaan rekod kesalahan lampau mendapati suspek pernah ditangkap di bawah Seksyen 12 (2) ADB 1952 pada tahun 2019. "Suspek kini ditahan direman selama seminggu bermula Khamis untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Read more:SINARH
2023-05-18 22:42:0

Catat Ulasan

0 Ulasan