Search

header ads

[SINARH] PRN: Pas Selangor pertaruh calon nama besar



SHAH ALAM - Pas Selangor tidak menolak kemungkinan terdapat calon 'nama besar' dan dikenali ramai bukan daripada parti itu yang dicadangkan untuk bertanding mewakili Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN). Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, sebarang kemungkinan itu tetap ada sekiranya calon tersebut mampu memberi kemenangan kepada PN. "Mungkin ada satu atau dua calon ini daripada parti sebelum ini yang bukan daripada Pas dan mereka ini dekat dengan kita. "Dari sudut tapisan di peringkat (Pas) Pusat, mereka ini layak untuk mewakili PN pada PRN Selangor," katanya dalam temubual di FB Live 'Coffee Talk 4 Malaysia Kenapa #Change Selangor?' disiarkan di Facebook Pas Selangor pada Khamis malam. Beliau berkata, Pas sentiasa bersedia dengan siapa sahaja nama calon yang diputuskan Pas Pusat termasuk calon dikenali ramai tersebut. "Calon kita profesional daripada segenap segi dari sudut syariah yang sifat latar belakangnya pendidikan agama dan daripada kepelbagaian," jelas Ahmad Yunus. Sehubungan itu, katanya, semua calon ditampilkan Pas disatukan daripada pelbagai sudut sama ada muka baharu, lama, muda dan wanita. "Kita akan gembleng kebersamaan calon-calon ini, cuma akhirnya calon kita yang cadangkan ini akan diputuskan di peringkat (Pas) Pusat," kata beliau. Tambahnya, Pas berusaha meletakkan calon terbaik yang mampu memberi kemenangan seterusnya membentuk kerajaan negeri Selangor. "Dalam peluang kita ubah ini, kita akan bertanding di bawah PN yang bertanding di semua 56 kerusi di negeri ini," kata beliau.
Read more:SINARH
2023-05-26 12:33:0

Catat Ulasan

0 Ulasan