Search

header ads

[SINARH] PRN: Pemuda UMNO Selangor mahu lebih ramai calon muda



SHAH ALAM - Pemuda UMNO Selangor berharap lebih ramai calon muda ditampilkan parti itu bagi mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri. Ketuanya, Datuk Mohd Imran Tamrin berkata, sekiranya tidak terpilih sekali pun, setidak-tidaknya salah satu nama calon yang dicadang dan dihantar kepada pucuk pimpinan tertinggi parti untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) terdiri dalam kalangan calon muda. "Maksudnya berapa kerusi DUN yang UMNO dapat nanti selepas ia dimuktamadkan, senarai cadangan atau pun calon berpotensi mewakili BN dalam PRN nanti salah satunya mestilah dalam kalangan orang muda," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu. Mohd Imran yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang berkata, calon muda yang dicadangkan itu terdiri dalam kalangan sayap pemuda dan puteri yang mempunyai potensi tinggi serta mampu diterima pengundi di kawasan tersebut. Mengambil contoh di Selangor, katanya, beliau yakin terdapat ramai tokoh kepimpinan dalam kalangan orang muda yang boleh diketengahkan sebagai calon. "Saya mencadangkan dalam PRN akan datang ini, pucuk pimpinan tertinggi peringkat negeri dan pusat khususnya dapatlah kita sama-sama melihat serta menonjolkan tokoh calon muda yang segar selain mempunyai kelebihan daripada segi latar belakang serta kompetensi untuk kita tawarkan pada PRN akan datang. "Bagaimanapun, keputusan memilih calon diputuskan oleh pucuk pimpinan dan kita menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan untuk mereka menentukan calon terbaik," ujarnya. Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, BN Selangor memenangi empat kerusi DUN dan tambahan satu lagi kerusi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Semenyih. Kerusi dimenangi BN PRU14 lalu dimenangi dua calon muda iaitu di DUN Sungai Panjang dimenangi Mohd Imran dan DUN Sungai Air Tawar menerusi Datuk Mohd Rizam Ismail yang ketika itu masing-masing berusia 32 dan 37 tahun. Tiga lagi kerusi dimenangi calon BN berusia melebihi 55 tahun pada PRU14 lalu di DUN Sungai Burong, Datuk Mohd Shamsudin Lias; DUN Hulu Bernam, Rosni Sohar dan DUN Semenyih, Zakaria Hanafi.
Read more:SINARH
2023-05-20 12:33:0

Catat Ulasan

0 Ulasan