Search

header ads

[SINARH] PRN: UMNO sudah ada senarai calon



MACHANG - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan parti itu sudah menyenarai pendek calon yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN). Beliau berkata, senarai itu hasil perbincangan yang dilakukan dengan pengerusi-pengerusi perhubungan negeri. "Selain itu, keputusan muktamad pengagihan kerusi-kerusi pada hemat saya dapat diselesaikan sebelum pengumuman pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan mengadakan PRN. "Perjumpaan melibatkan Menteri Besar, Ketua Menteri, Sultan, Yang Dipertua Negeri akan diadakan hujung Jun ini," katanya semasa sidang akhbar selepas hadir ke Majlis Mesra Aidilfitri Felcra Berhad di Bukit Tiu pada Sabtu. Hadir sama ialah, Pengerusi Felcra, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub. Sebelum itu media tempatan melaporkan Kerajaan Perpaduan akan memuktamadkan agihan kerusi bagi PRN antara rakan gabungan dalam masa terdekat selepas penilaian secara terperinci oleh pucuk pimpinan tertinggi. Ahmad Zahid berkata, beliau selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan meneliti semua cadangan yang dikemukakan di peringkat negeri.
Read more:SINARH
2023-05-20 14:7:0

Catat Ulasan

0 Ulasan