Search

header ads

[SINARH] Rashford akan terus kekal bersama United



ERIK ten Hag yakin Marcus Rashford tidak akan meninggalkan pasukan dan menyambung kontrak bersama Manchester United. Rashford hanya mempunyai baki setahun dalam kontraknya bersama kelab yang diwakilinya sejak sejak berusia tujuh tahun. Sebelum ini, pemain berusia 25 tahun itu menafikan laporan awal tahun ini bahawa dia menuntut £500,000 (RM2.82 juta) seminggu. Ten Hag yang kelihatan tenang dalam situasi Rashford itu berkata: "Saya tahu (ia mengambil masa), tetapi saya tidak bercakap mengenai proses itu. "Ini tidak penting bagi saya atau Rashy buat masa ini. Baginya, ia adalah untuk mendapatkan lebih banyak gol musim ini dan dia bermain musim yang hebat dan pasukan bermain musim yang hebat. "Kami perlu layak ke Liga Juara-Juara dan fokus pada misi itu. Marcus mahu kekal dan kami mahu dia kekal, jadi saya fikir kami akan mencapai persetujuan," katanya. Ketidakpastian terhadap proses pengambilalihan United sudah pasti akan menimbulkan kebimbangan mengenai prospek mereka untuk jendela perpindahan musim panas. "Kami melakukan tugas kami dan kami bekerja keras tetapi, buat masa ini ia mengenai perlawanan dan mara ke Liga Juara-Juara serta Piala FA. "Bagi saya, ia adalah mengenai kewangan dan ada wang yang tersedia untuk melakukan perkara yang betul," katanya.
Read more:SINARH
2023-05-20 10:55:0

Catat Ulasan

0 Ulasan