Search

header ads

[SINARH] Remaja ditemui lemas dalam sungai



KULAI - Seorang remaja lelaki ditemui lemas dalam sungai semasa melakukan aktiviti menjala bersama tiga rakan lain berhampiran sebuah restoran makanan segera di Jalan Merbau 3, Bandar Putra di sini pada Jumaat. Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Kulai, Pegawai Bomba Kanan II Baharuddin Mohd Omar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 4.53 petang. Susulan itu katanya, seramai enam anggota dibantu satu Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke tempat kejadian. "Pihak bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan mangsa dilaporkan hilang dengan menggunakan teknik 'surface searching'. Mangsa dijumpai anggota bomba di lokasi dilaporkan lemas pada jam 5.54 petang. "Remaja berkenaan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang hadir," katanya dalam kenyataan pada Jumaat. Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi SAR ditamatkan pada jam 6.31 petang.
Read more:SINARH
2023-05-19 23:46:0

Catat Ulasan

0 Ulasan