Search

header ads

[SINARH] Ribut: Lima Perumahan Awam terjejas dinding, bumbung tercabut



KUALA LUMPUR - Dinding sebuah unit di Perumahan Awam (PA) Loke Yew tercabut manakala bumbung empat unit PA Seri Johor tercabut susulan hujan ribut pada Jumaat. DBKL dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah mengambil tindakan segera menutup lokasi terjejas bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku. Menurutnya, kerja pembaikan sementara telah dilakukan sebelum baik pulih sepenuhnya dilakukan. "Dinding sementara telah dipasang di unit terlibat sebelum kerja-kerja baik pulih dinding kekal dilaksanakan dalam tempoh terdekat. "Selain itu, kerja pemasangan kanvas sementara telah dilakukan di empat unit terlibat bumbung tercabut," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu. DBKL berkata, bekalan elektrik di unit terlibat juga telah diputuskan bagi tujuan keselamatan. "Penghuni yang terlibat telah berpindah ke rumah saudara mara di kawasan berhampiran dan tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka buat masa ini," ujarnya. Pada malam Jumaat, Kuala Lumpur dilanda hujan lebat berserta ribut dengan beberapa insiden pokok tumbang dilaporkan di ibu kota. Antara lokasi terlibat pokok tumbang termasuk di Jalan Kampung Attap, Jalan Sultan Ismail, Blok 19 Taman Bukit Angkasa, Pejabat Kesihatan Kepong, Jalan Ayer Jernih dan Flat Danau Kota.
Read more:SINARH
2023-05-20 11:35:0

Catat Ulasan

0 Ulasan