Search

header ads

[SINARH] Saksi cabul di taman tema air diminta tampil



KUALA LANGAT - Polis mengesahkan ada menerima laporan daripada seorang wanita warga tempatan berusia 28 tahun yang mendakwa dicabul ketika berada di sebuah taman tema air di Saujana Putra, dekat sini pada 13 Mei lalu. Pihak polis turut mengesan satu hantaran dimuat naik di sebuah portal media berhubung kejadian seorang perempuan mengalami gangguan seksual semasa berada di taman tema air terbabit. Ketua Polis Kuala Langat, Superintenden Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, pihaknya menerima laporan daripada pengadu yang merupakan pengurus pemasaran pada 18 Mei lalu. Katanya, pengadu menyatakan diraba di bahagian payu dara semasa menuruni gelongsor dalam kolam taman tema air tersebut. "Pengadu mendapati seseorang telah menarik dan menyentuh bahagian depan badan serta payu dara semasa masih berada di dalam air. "Sehubungan itu, pihak polis telah membuka satu kertas siasatan bagi menyiasat dakwaan yang dibuat oleh pengadu," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin. Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan di atas kesalahan mencabul. Beliau berkata, sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana hukuman sekiranya didapati bersalah. "Mana-mana individu yang menjadi saksi kejadian diminta untuk tampil ke balai polis berdekatan bagi menyalurkan maklumat atau menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di talian 03-31872222," ujarnya.
Read more:SINARH
2023-05-22 19:47:0

Catat Ulasan

0 Ulasan