Search

header ads

[SINARH] Sanusi perlu belajar muhasabah diri - Faiz Fadzil



SHAH ALAM - Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Amanah Negara (Amanah), Faiz Fadzil membidas kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mendakwa negeri yang dipimpin Pas itu 'diarahkan' menjadi miskin. Sebaliknya beliau berkata, dakwaan itu sebenarnya cubaan untuk menutup kelemahan kepimpinan Pas menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi. "Kenyataan Sanusi seolah-olah menyalahkan industri penanaman padi atas kemiskinan Kedah ibarat menyalahkan para pesawah atas kemunduran negeri itu yang berpunca daripada kegagalan pentadbiran Pas sendiri. "Hakikatnya, kerajaan Pas Kedah tidak memainkan peranan secukupnya untuk membangunkan industri tempatan dan menarik masuk pelaburan antarabangsa yang berkualiti. "(Jadi) Sanusi perlu berhenti mencari helah dan salah orang lain dan belajarlah untuk muhasabah diri yang sangat dianjurkan dalam ajaran Islam," katanya dalam kenyataan pada Khamis. Muhammad Sanusi baru-baru ini dilaporkan berkata, pentadbiran Kedah sama ada yang sekarang atau sebelum ini tertakluk kepada dasar persekutuan dalam hal penggunaan tanah dan itu membawa kepada kadar kemiskinan yang tinggi di negeri terbabit. Mengulas lanjut Faiz berkata, Pas harus belajar untuk bertanggungjawab ke atas kemiskinan dan kemunduran negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah. Ini kerana katanya, kemunduran berlaku itu memaksa anak-anak muda merantau ke negeri-negeri lain termasuk Pulau Pinang yang menjanjikan peluang pekerjaan yang lebih baik. "Justeru, rakyat Kedah, Kelantan dan Terengganu perlu menilai betul-betul parti manakah yang harus dipilih bagi mentadbir di peringkat negeri. "Kesejahteraan hidup rakyat bergantung kepada pertumbuhan ekonomi sesebuah negeri. Satu undi untuk Pas dan Perikatan Nasional (PN) adalah satu undi untuk anti-kemajuan," katanya.
Read more:SINARH
2023-05-25 8:59:0

Catat Ulasan

0 Ulasan