Search

header ads

[SINARH] Sukar ubah penyokong terima DAP, tapi tak mustahil - Ahmad Zahid



MACHANG - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengakui sukar untuk mengubah 'pegangan' penyokong untuk menerima kehadiran parti DAP sebagai rakan sekutu dalam Kerajaan Perpaduan hari ini, namun tidak mustahil dilakukan. Beliau berkata, hal ini kerana perspektif negatif itu telah diterapkan sejak 22 tahun lalu oleh kepimpinan terdahulu semasa memerintah negara. "Lebih dua dekad menanamkan kebencian kepada penyokong terhadap sesuatu kumpulan atau parti tersebut. "Tempoh itu bukan mudah untuk dirungkaikan tapi tidak mustahil dilakukan," katanya semasa sidang akhbar selepas hadir ke Majlis Mesra Aidilfitri Felcra Berhad di Bukit Tiu pada Sabtu. Hadir sama, Pengerusi Felcra, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub. Menurut beliau, untuk meyakinkan penyokong UMNO memberi sokongan kepada DAP pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pemimpin parti akan menyantuni kumpulan sasaran berkenaan. Ujarnya, dahulu pengundi Barisan Nasional (BN) turut memberi sokongan kepada calon MIC dan MCA. Ahmad Zahid berkata, kaedah yang sama digunakan bukan atas nama parti itu tapi atas rasa kebersamaan parti yang ada dalam Kerajaan Perpaduan. Sebelum itu, Sinar Harian pada Jumaat melaporkan, pengundi UMNO di enam negeri yang akan menghadapi PRN diminta memilih calon DAP di kawasan masing-masing demi mengukuhkan kedudukan Kerajaan Perpaduan. Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, tindakan itu wajar mengikut disiplin parti apabila berada dalam Kerajaan Perpaduan.
Read more:SINARH
2023-05-20 13:21:0

Catat Ulasan

0 Ulasan