Search

header ads

[SINARH] Syafiq Ridhwan, Siti Safiyah naib juara Terbuka Filipina



PEMAIN boling kebangsaan, Syafiq Ridhwan Abdul Malik dan Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman muncul naib juara pada Kejohanan Boling Terbuka Filipina kali ke-4 di Manila, pada Ahad. Syafiq, 36, yang mara ke final sebagai pilihan utama, tewas 175-248 kepada Darren Ong dari Singapura. Seorang lagi pemain, Ahmad Azriq Izamudin menduduki tempat ketiga selepas kalah 203-279 kepada Darren pada separuh akhir. Sementara itu, pada peringkat akhir wanita, Siti Safiyah kehilangan gelaran kepada wakil tuan rumah Marie Alexis Sy, selepas tumbang 216-279. Pemain berusia 32 tahun itu mara ke final selepas menyingkirkan pemain Singapura Jazreel Tan Shi Hua 209-191. Pada Jumaat, pemain muda negara Syabil Azam Syamsul Azam dan Nurul Anis Nabila Nizam masing-masing merangkul gelaran terbuka remaja lelaki dan wanita. - Bernama
Read more:SINARH
2023-05-21 21:21:0

Catat Ulasan

0 Ulasan