Search

header ads

[SINARH] Tiada masalah anak muda undi PH: Mohd Hairi



JOHOR BAHRU - Tiada masalah untuk anak muda menyokong calon daripada Pakatan Harapan (PH) termasuk DAP demi kestabilan dan meneruskan agenda rakyat pada Pilihan Raya Negeri ( PRN) di enam negeri kelak. Naib Ketua Pemuda UMNO, Mohd Hairi Mad Shah berkata, sokongan itu penting memandangkan Barisan Nasional (BN) dan PH merupakan komponen dalam Kerajaan Perpaduan. "Apa salahnya kita sokong Kerajaan Perpaduan hari ini, untuk pastikan kerajaan stabil dan tiada ada kacau ganggu kerana akhirnya adalah agenda rakyat. "Satu piagam iaitu kebersamaan sudah dibuat. Bagi saya dalam dinamik politik yang baharu, perkara ini merupakan hala tuju yang baharu kepada parti. Saya mengharapkan anak muda melihat momentum yang ada pada kerajaan hari ini. "Sentimen yang dimomokkan dahulu seperti Cina rasis, Melayu rasis, semua hilang selepas kita bekerjasama, malah masing-masing memahami satu sama lain. Justeru itu, isu kecil ini tidak perlu diperbersarkan," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Jelajah Sektor Perkhidmatan serta Peralatan Minyak dan Gas (OGSE) Johor 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, di sini pada Selasa. Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan pengundi UMNO di enam negeri yang akan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) diminta memilih calon DAP di kawasan masing-masing demi mengukuhkan kedudukan Kerajaan Perpaduan. Ahmad Maslan berkata, tindakan itu wajar mengikut disiplin parti apabila berada dalam Kerajaan Perpaduan. Mohd Hairi yang juga Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri menambah, isu sokongan membabitkan DAP dan UMNO turut dimainkan parti pembangkang untuk meraih sokongan. "Semua parti politik pernah bekerjasama dengan Pas dan Bersatu. Malah Pas sendiri telah bekerjasama dengan DAP, ketika itu UMNO tidak cakap apa-apa. "Tetapi yang berlaku hari ini, sebaliknya apabila mereka (Bersatu dan Pas) sudah bekerjasama, mereka cakap-cakap tentang UMNO dan DAP pula, sedangkan dahulu mereka sendiri pernah bekerjasama. Oleh itu, tiada halangan untuk BN dan PH bekerjasama," ujarnya.
Read more:SINARH
2023-05-23 13:57:0

Catat Ulasan

0 Ulasan