Search

header ads

[SINARH] Tiga keldai akaun ditahan di Pulau Pinang



BALIK PULAU - Polis menahan tiga lelaki dipercayai keldai akaun kepada beberapa sindiket penipuan sehingga menyebabkan mangsa mereka kerugian RM31,452 dalam serbuan berasingan di beberapa lokasi di sekitar Pulau Pinang, Rabu lepas. Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya dalam kenyataan memaklumkan, lelaki pertama berusia 24 tahun disyaki menjadi keldai akaun kepada sindiket tawaran kerja dalam talian tidak wujud melalui aplikasi WhatsApp. "Jumlah kerugian mangsa ialah RM21,377 setelah membuat pembayaran secara berperingkat ke lima akaun berlainan. "Dua lagi lelaki berusia 23 dan 34 tahun pula disyaki menjadi keldai akaun oleh sindiket tawaran kerja dalam talian tidak wujud serta menyamar sebagai pengurus sebuah syarikat kurier dan polis. Mangsa mereka kerugian sebanyak RM3,575 dan RM6,500," menurut kenyataan itu. Kenyataan itu memaklumkan kesemua mereka direman empat hari bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. - Bernama
Read more:SINARH
2023-05-19 20:7:0

Catat Ulasan

0 Ulasan